..::Zuhal Management Services::..

Generasi Profesional Yang Bertaqwa..

‘SMART MUKMIN’ KEMBALI LAGI.!!

Posted by zuhalms on 1am5000000amThu, 01 May 2008 02:50:06 +000008 25.2008

Kali ini anjuran Zuhal Management services sendiri tanpa anjuran bersama dengan mana-mana syarikat,atau mana-mana NGO.

SMART MUKMIN kali ini diadakan di Masjid Al-Azim Pandan Indah Kuala Lumpur berdekatan dengan pejabat operasi Zuhal Management Services di Taman Kencana.

Pendaftaran telah dibuka mulai sekarang dan tarikh tutup pendaftaran pada hari program iaitu 24 mei 2008.Program pada 24-25 mei 2008 2 hari 1 malam.Terbuka kepada lelaki dan perempuan berumur 10 hingga 15 tahun,jika umur kurang atau lebih akan dipertimbangkan oleh pihak kami,dan paling istimewa program ini ialah jemputan khas ust Zamri zainuldi siri mari mengaji di tv9,iaitu hari pertama pada 24 mei jam 2 petang.

jika berminat boleh la menghubungi en syafiq (019-271 0440) dan ust Nik (019-323 8455) atau nombor pejabat 03-4295 5000.

Terhad kepada 100 orang sahaja.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Zuhal Di Hotel Sri Malaysia Sg.Petani Kedah

Posted by zuhalms on 25am3000000amTue, 25 Mar 2008 03:59:13 +000008 25.2008

Sempena sambutan maulidur rasul pada 20 mac bersamaan 12 Rabiulawal 1429 hijriah Petronas Fertilizer Kedah telah mengambil inisiatif yang amat baik apabila menyambut sambutan maulidurrasul dengan menganjurkan Kem Anak Soleh kepada anak-anak kakitangan Petronas Fertilizer anjuran bersama Zuhal Management Services.

Program kali ini pada asalnya dibincangkan akan diadakan pada tarikh 7,8,9 mac 2008, memandangkan pertembungan PRU ke-12 maka dianjak pada 20-22 mac 2008.Walaubagaimanapun program tetap berjalan seperti biasa kerana Smart Mukmin kali ini adalah sebenarnya adalah Smart Mukmin Part 2, setelah selesai Part 1 yang diadakan di Gurun Kedah kepada pelajar-pelajar peringkat rendah.

Keistimewaan yang ada pada program kali ini adalah suasana dan fasiliti yang amat baik kerana kali ini Smart Mukmin diadakan di Hotel Sri Malaysia Sg Petani Kedah, berkemungkinan amat sukar untuk aktiviti outdoor namun pihak Zuhal mengambil langkah untuk memperbanyakkan aktiviti indoor yang menguji minda pelajar.

Smart Mukmin kali ini dengan visi dan misi berwajah Kem Anak Soleh yang menekankan aspek ‘Based-Of-Thinking’ dalam akademik dan amat menekankan aspek keperibadian anak soleh dan solehah di kalangan pelajar. Pihak Zuhal Menyediakan Fasi-fasi yang berlatangbelakangkan akademik profesional disamping mempunyai ilmu agama yang berkebolehan untuk tazkirah,kuliyyah, seorang al-hafiz dan lain-lain lagi. Ini amatlah penting bagi mencapai sasaran utama bagi melahirkan Generasi Profesional Yang Bertaqwa.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Smart Mukmin Di Gurun Kedah.

Posted by zuhalms on 22am1000000amTue, 22 Jan 2008 08:37:12 +000008 25.2008

Program Smart Mukmin kali ini di Damai Park Resot ,Merbok Kedah.
Pada 18 Hingga 20 Januari 2007.

Pelajar lebih kurang 70 orang dari kalangan anak-anak kakitangan Petronas Kedah.

Program seperti mana yang diadakan di KLCC sebelum ini dibawah Badan Kebajikan Islam Petronas (BAKIP) dan Zuhal Management Services sekali lagi di panggil untuk mengendalikan program tersebut.

Dan program ini berlangsug dengan 2 sesi, iaitu sesi yang pertama sesi pelajar rendah, dan sesi menengah akan diadakan pada 7-8 mac 2007.

Posted in Uncategorized | 1 Comment »

Hello world!

Posted by zuhalms on 21pm1000000pmMon, 21 Jan 2008 17:42:18 +000008 25.2008

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

Posted in Uncategorized | 1 Comment »

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.